Pengertian
Khurafat
• Ialah
semua
cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.
• Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.
• Khurafat ditakrifkan sebagai cerita
mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris
al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.
• Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita sama ada rekaan atau khayalan,
ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang
menyimpang daripada ajaran Islam.
• Amalan khurafat adalah bertentangan
dengan akidah Islam
• Menjejaskan iman seseorang atau
menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang tidak diampuni
Allah.
• Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik
mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang
lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya).
Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka
sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar." Surah al-Nisa’, ayat 48)
Contoh-contoh
amalan khurafat
• Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh nenek moyang, kubur wali keramat dan sebagainya.
• Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat.
• Tidak kurang petani dan nelayan yang masih percaya kepada bertambah dan berkurangannya rezeki sehingga ada yang memuja semangat padi seperti bersemah dan membuang ancak di sungai atau laut (nelayan).
Suatu objek yang ditulis dengan ayat-ayat atau huruf-huruf tertentu yang
dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja.
Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penyeri, mempercepatkan jodoh dan sebagainya.
Faktor-faktor
yang mendorong berlaku khurafat
• Mudah mempercayai benda-benda tahyul.
• Kecetekan ilmu agama.
• Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda.
Kesan
amalan khurafat
• Menjejaskan
akidah seseorang
• Hilang kepercayaan terhadap Qada dan
Qadar
• Hilang sikap berusaha
• Mudah
berputus-asa
• Tidak
bertawakal kepada Allah
• Mengakibatkan dosa yang tidak terampun di sisi
Allah.
• Akan
terjerumus ke lembah kesyirikan
• Azab
Allah menanti sekiranya tidak bertaubat dengan bersungguh-sungguh.
Jalan penyelesiannya
• Ialah
setiap umat Islam hendaklah mendalami ilmu agama sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis nabi S.A.W yang bermaksud
:
• "
Aku telah tinggalkan kamu 2 perkara selama mana kamu berpegang teguh dengannya, tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan sunnahku“.
• Setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang menyesatkan.
• Umat islam juga perlu mengenal pasti ciri amalan khurafat.
No comments:
Post a Comment